Abul-Laits Assamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Ibn Abbas r.a. berkata:
"Tiada seorang mukmin mempunyai kedua ibu bapa lalu ia pagi-pagi ia taat
dan baik pada keduanya melainkan Allah s.w.t.
membukakan untuknya daun pintu syurga, dan tidak mungkin Allah
s.w.t. ridho padanya jika salah satu ibu atau bapanya murka kepadanya
sehingga mendapat ridho dari keduanya. Ditanya: Meskipun orang tua itu zalim?
Jawabnya: Meskipun zalim. Dan didalam hadis marfu' ada tambahan: Dan tiada
pagi-pagi ia durhaka (menyakiti hati) orang tuanya melainkan Allah
s.w.t. membukakan baginya dua pintu neraka dan jika hanya satu maka
satu."
Abul-Laits Assamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Atha' berkata: "Nabi
Musa a.s. berdoa: "Ya Tuhan,
pesanlah kepadaku." Firman Allah s.w.t.:
"Aku wasiat supaya tetap dengan Aku."
Nabi Musa a.s. berkata lagi: "Ya Tuhan,
pesanlah kepadaku." Firman Allah s.w.t.:
"Aku pesan kepadamu, taatlah kepada
ibumu." Kemudian berkata Nabi Musa a.s. lagi: "Ya
Tuhan, pesanlah kepadaku." Jawab Allah
s.w.t.: Aku pesan supaya taat
kepada ibumu." Musa a.s. berkata: "Wasiat kepadaku." Allah
s.w.t. berfirman: Aku wasiat
kepadamu, taatlah kepada ayahmu."
Abdullah bin Umar r.a. berkata: "Seorang datang kepada Nabi
Muhammad s.a.w dan berkata: "Saya ingin berjihad (perang
fisabilillah)." Nabi Muhammad s.a.w.
bertanya: "Apakah kedua ibu bapamu masih hidup?" Jawabnya: "Ya,
kedua-duanya." Sabda Rasulullah s.a.w.:
"Didalam melayani keduanya harus berjihad."
Hadis ini menunjukkan bahawa taat bakti kepada orang tua itu lebih besar
daripada jihad fisabilillah, sebab menyuruh orang itu berbakti kepada orang tua
dan berjihad. Kerana itu maka seseorang tidak boleh keluar untuk juhad jika
tidak diizinkan oleh kedua orang tuanya selama panggilan jihad itu tidak umum,
maka tetap taat kepada orang tua lebih afdhal dari jihad fisabilillah.
Bahz bin Hakim dari ayahnya dari neneknya berkata: "Saya tanya kepada Rasulullah
s.a.w.: "Ya Rasulullah,
siapakah harus saya taat?" Jawab Rasulullah s.a.w.:
"Ibumu." Kemudian siapakah? tanya saya lagi. Jawab Rasulullah
s.a.w.: "Ibumu." Saya bertanya sekali lagi dan Rasulullah
s.a.w. menjawab: "Ibumu." "Kemudian siapa?" tanya
saya lagi." Rasulullah s.a.w. menjawab:
"Ayahmu, kemudian yang terdekat dan yang dari kerabat."
Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Zaid bin Ali dari ayahnya dari
neneknya berkata Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Andaikan ada khalimah yang lebih ringan dari kata UF (cih)
untuk dijadikan dasar serendah-rendahnya durhaka pada orang tua nescaya akan
dilarang oleh Allah s.w.t. untuk
mengatakannya, kerana itu seorang yang durhaka pada orang tuanya boleh berbuat
apa yang diperbuat maka ia tidak akan masuk syurga, sebaliknya seorang yang
bakti pada orang tuanya boleh berbuat apa saja maka tidak akan masuk neraka."
Abul-Laits berkata: "Andaikan Allah s.w.t.
tidak menyebut kewajipan berbakti kepada kedua orang tua itu dalam al-quran, dan
tidak ditekankan nescaya dapat dimengertikan oleh akal bahawa taat kepada kedua
orang tua itu wajib, kerana itu diwajibkan seorang yang berakal harus mengerti
kewajipannya terhadap kedua orang tuanya, lebih-lebih Allah
s.w.t. telah menekan dalam semua kitab yang diturunkan iaitu Taurat,
Injil, Zabur dan Al-Quran, juga telah
diwahyukan kepada semua Nabi, Rasul bahawa ridho Allah
s.w.t. tergantung pada ridho kedua orang tua dan murka
Allah s.w.t. tergantung pada murka kedua ayah bonda."
Ada penjelasan bahawa tiga ayat turun bergandengan dan Allah s.w.t. tidak
menerima yang satu tanpa gandingannya iaitu seperti firman Allah s.w.t. (Yang
berbunyi):
-
Aqimusholata wa atuszakat (Yang bermaksud) Tegakkan sembahyang dan keluarkan zakat, maka siapa solat tanpa zakat tidak akan diterima oleh Allah s.w.t.
-
Athi'u Allaha waathi'urRasul (Yang bermaksud) Taatlah kepada Allah dan taatlah kepada Rasulullah, maka tidak akan diterima taat kepada Allah s.w.t. jika tidak taat kepada Rasulullah s.a.w.
-
An usykur li walidaika (Yang bermaksud) Syukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibu bapamu, maka siapa yang syukur kepada Allah s.w.t. dan tidak syukur kepada kedua orang tua tidak diterima.
Dan dalilnya ialah Rasulullah
s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya kutukan kedua orang tua itu
memutuskan asal anak itu jika anak itu durhakai keduanya. Maka siapa merelakan
kedua ayah bondanya bererti telah merelakan Tuhannya
dan siapa mendapatkan kedua ayah bondanya atau salah satunya, lalu tidak taat
kepada keduanya sehingga masuk neraka bererti telah dijauhkan oleh Allah
s.w.t."
Dan ketika Rasulullah s.a.w. ditanya: "Apakah
amal yang utama?" Jawab Rasulullah s.a.w.:
"Sembahyang pada waktunya, kemudian taat kepada kedua ibu bapa kemudian
jihad fisabilillah."
Farqad Assinji berkata saya telah membaca didalam kitab: "Bahawa anak tidak
boleh dibicarakan dimuka orang tuanya kecuali dengan izinnya dan tidak boleh
jalan dimukanya atau dikanan kirinya kecuali jika dipanggil maka ia harus
menyambut dan harus berjalan dibelakang keduanya sebagaimana hamba sahaya
dibelakang majikannya."
Seorang datang kepada Rasulullah s.a.w. dan
berkata: "Ya Rasulullah, ibuku kini
mengigau ditempatku, maka sayalah yang memberi makan minum dengan tanganku juga
mewudhu'kannya, dan mengangkat diatas bahuku, apakah yang demikian itu bererti
aku telah membalas jasanya?" Jawab Rasulullah
s.a.w.: "Belum, belum satupun dari jasa-jasanya dari
jasa-jasanya (satu peratus) tetapi engkau telah berbuat baik dan Allah
s.w.t. akan memberi pahala kepadamu yang besar dan banyak terhadap
amalanmu yang sedikit."
Hisyam bin Urwah dari ayahnya dari neneknya berkata: "Terulis didalam
hikmat: "Terkutuk orang yang mengutuk ayahnya, terkutuk orang yang mengutuk
ibunya, mal'un (terkutuk) siapa yang merintangi agama
Allah s.w.t., terkutuk siapa yang menyesatkan orang buta dari jalanan,
terkutuk siapa yang menyembelih menyebut nama selain nama Allah
s.w.t., terkutuk siapa yang merosak tanda-tanda dijalan bumi ini atau
batas-batas tanah."
Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya
sebesar-besar dosa ialah memaki ayah ibunya." Ketika ditanya: "Bagaimanakah
seorang memaki ayah ibunya?" Jawab Rasulullah
s.a.w.: "Memaki ayah lain orang lalu dibalas maki ayahnya atau
memaki ibunya, maka dibalas dimaki ibunya."
Abban dari Anas r.a. berkata: "Ada seorang pemuda bernama Alqomah dimasa Rasulullah
s.a.w. Pemuda ini rajin ibadat dan banyak sedekah, tiba-tiba ia sakit
dan sangat berat sakitnya, maka isterinya menyuruh orang memanggil Rasulullah
s.a.w. dan menyatakan bahawa suaminya sakit keras didalam keadaan
nazak sakaratal maut dan saya ingin menerangkan kepadamu keadaannya. Maka Rasulullah
s.a.w. menyuruh Bilal, Ali, Salman dan Ammar r.a. supaya pergi
ketempat Alqomah dan memperhatikan bagaimana keadaannya dan ketika telah sampai
kerumah Alqomah mereka langsung masuk kepada Alqomah dan menuntunnya supaya
membaca: Laa ilaha illallah, tetapi
lidah Alqomah bagaikan terkunci, tidak dapat mengucap dua kalimah syahadah itu,
ketika para sahabat itu merasa bahawa Alqomah pasti akan mati, mereka menyuruh
Bilal supaya pergi memberutahu hal itu kepada Rasulullah
s.a.w.
Rasulullah s.a.w. langsung bertanya: "Apakah
ia masih mempunyai ibu dan ayah?" Jawabnya: "Ayahnya telah meninggal,
sedang ibunya masih hidup tetapi terlalu tua." Rasulullah
s.a.w. bersabda kepada Bilal: "Ya Bilal, pergilah kepada ibu
Alqomah dan sampaikan kepadanya salamku, dan katakan kepadanya: JIka kau dapat
berjalan pergi kepada Rasulullah s.a.w.,
dan jika tidak dapat maka Rasulullah s.a.w.
akan datang kesini." Jawab ibu Alqomah: "Sayalah yang lebih layak
pergi kepada Rasulullah s.a.w. Lalu ia
mengambil tongkat dan berjalan hingga masuk kerumah Rasulullah
s.a.w. dan sesudah memberi salam ia duduk didepan Rasulullah
s.a.w. Maka Rasulullah s.a.w.
bertanya: "Beritakan yang benar-benar kepadaku, jika kau dusta kepada ku
nescaya akan turun wahyu memberitahu kepadaku, bagaimanakah keadaan Alqomah?"
Jawab ibu Alqomah: "Alqomah rajin ibadat sembahyang, puasa dan sedekah
sebanyak-banyaknya sehingga tidak diketahui berapa banyaknya." Rasulullah
s.a.w. bertanya lagi: "Lalu bagaimana hubunganmu dengan dia?"
Jawab ibu Alqomah: "Saya murka kepadanya." Rasulullah
s.a.w. bertanya: "Mengapa?" Jawab ibu Alqomah: "Kerana
ia mengutamakan isterinya lebih daripadaku dan menurut isterinya kepadaku dan
menentangku."
Maka Rasulullah s.a.w. bersabda:
""Murka ibunya, itulah yang mengunci (menutup) lidahnya untuk mengucap
dua kalimah syahadah." Kemudian Rasulullah s.a.w.
menyuruh Bilal supaya mengumpul kayu sebanyak-banyaknya untuk membakar Alqomah
dengan api itu. Ibu Alqomah bertanya: "Ya Rasulullah
s.a.w., puteraku, buah hatiku akan kau bakar dengan api didepanku?
bagaimana akan dapat menerima hatiku?" Rasulullah
s.a.w. bersabda: " "Hai ibu Alqomah, siksaan Allah
s.w.t. lebih berat dan kekal, kerana itu jika kau ingin Allah
s.w.t. mengampunkan dosanya, maka relakan ia (kau harus ridho padanya),
demi Allah s.w.t. yang jiwaku ada ditanganNya
tidak akan berguna sembahyang, sedekahnya selama engkau murka
kepadanya." Lalu ibu Alqomah mengangkat kedua tangan dan berkata: "Ya Rasulullah,
saya mempersaksikan kepada Allah s.w.t. dilangit
dan kau ya Rasulullah, dan siapa yang hadir
ditempat ini bahawa saya telah ridho kepadanya."
Maka langsung Rasulullah s.a.w. menyuruh
Bilal pergi melihat hal keadaan Alqomah, apakah sudah mengucap
Laa ilaha illallah atau tidak, khuatir kalau-kalau ibu Alqomah
mengucapkan itu hanya kerana malu pada Rasulullah s.a.w.
dan tidak pada hatinya. Apabila Bilal sampai dipintu rumah Alqomah tiba-tiba
terdengat suara Alqomah membaca Laa ilaha illallah.
Lalu Bilal masuk dan berkata: "Hai orang-orang, sesungguhnya murka ibu
Alqomah itu yang menutup lidahnya untuk mengucap dua kalimah syahadah dan
ridhonya kini melepaskan lidahnya, maka matilah Alqomah pada hari ini."
Maka datanglah Rasulullah s.a.w. dan
menyuruh supaya segera dimandikan dan dikafankan, lalu disembahyangkan oleh Rasulullah
s.a.w. Dan sesudah dikuburkan Rasulullah
s.a.w. berdiri diatas tepi kubur sambil berkata: "Hai sahabat
Muhajir dan Anshar, siapa yang mengutamakan isterinya daripada ibunya maka ia
terkena kutukan (laknat) Allah s.w.t.
dan tidak diterima daripadanya ibadat fardhu dan sunatnya."
Ibu Abbas r.a. ketika mengertikan ayat (Yang berbunyi): Wa
qodho rabbuka alla ta buda illa iyyaahu, wabil walidaini ihsana, imma
yablughanna indakal kibara ahaduhuma au kilahuma fala taqul lahuma uf wala
tanharhuma waqul lahuma qoulan karima. (Surah Al Isra ayat 23) (Yang
bermaksud) Tuhanmu telah menyuruh supaya kamu jangan menyembah (mengesakan)
selain padaNya. Dan terhadap kedua ibu bapa harus berbakti (taat dan baik)
apabila telah tua salah satunya atau keduanya disisimu, maka jangan menunjukkan
sikat atau sikap jemu atau berkata: Cih, kepada keduanya, umpama jika kau samapi
membuang kencing atau najis ibu atau bapa, maka jangan kau tutup hidungmu dan
jangan muram mukamu sebab keduanya telah mengerjakan semua itu dimasa kecilmu,
dan jangan membentak keduanya dan berkatalah dengan lemah lembut, sopan santun,
ramah tamah dan hormat.
Ibu Abbas r.a. ketika mengertikan ayat (Yang berbunyi): Wakh
fidh lahuma janahadzdzulli minarrahmati, waqul Robbir hamhuma kama robbayani
shorghira. (Surah Al Isra ayat 24) (Yang bermaksud)
Dan rendahkan dirimu kepada keduanya serendah-rendahnya dan doakan
keduanya: "Ya Tuhan, Kasihanilah kedua ibu
bapaku sebagaimana keduanya telah memeliharaku dimasa kecil.
Mengenai kewajipan terhadap keduanya dimasa hidup hingga mati, dengan selalu
mendoakan untuk keduanya sesudah matinya. Seorang ulama tabi'in berkata: "Siapa
yang mendoakan kedua ibu bapanya tiap hari lima kali bererti telah menunaikan
kewajipabnya terhadap kedua ibu bapanya." Sebab Allah
s.w.t. berfirman (Yang berbunyi): "An
usy kurli wali walidaika, ilayyal mashir. (Yang bermaksud):
"Bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua
ibu bapamu, kepadaKu kau akan kembali.
Bersyukur kepada Allah s.w.t. dan
mengerjakan sembahyang lima waktu tiap hari, maka syukur terhadap ibu bapa juga
harus lima kali tiap hari. Firman Allah s.w.t. (Yang
berbunyi): " Robbukum a'lamu bima fi nufusikum
in takunu shalihina fa innahu kana lil awwabina ghafura. (Yang
bermaksud): "Tuhanmu lebih mengetahui apa yang didalam hatimu, jika
kamu benar-benar baik (solih) maka sesungguhnya Tuhan itu terhadap orang yang
salah lalu kembali taubat, ia maha penganmpun. (Surah Ali-Isra
ayat 25)
Hak yang harus dilaksanakan oleh anak terhadap ibu dan ayah ada sepuluh iaitu:
-
Jika orang tua berhajat kepada makan harus diberi makan
-
Jika berhajat pada pakaian harus diberi pakaian. Rasulullah s.a.w. ketika menerangkan ayat (Yang berbunyi): "Wa sha hib huma fiddunnya ma'rufa. (Yang bermaksud): "Bantulah kedua orang tua didunia dengan baik, yakni supaya diberi makan jika lapar dan pakaian jika tidak berpakaian.
-
Jika berhajat bantuan harus dibantu
-
Menyambut panggilannya
-
Mentaati semua perintahnya asalakn tidak menyuruh berbuat maksiat dan ghibah (Kasari orang)
-
Jika berbicara kepada keduanya harus lunak, lemah lembut dan sopan
-
Tidak boleh memanggil nama kecilnya (Jambal/ gelaran)
-
Jika berjalan harus dibelakangnya
-
Suka untuk orang tuanya apa yang ia suka bagi dirinya sendiri, dan membenci bagi keduanya apa yang tidak suka bagi dirinya sendiri
-
Mendoakan keduanya supaya mendapat pengampunan Allah s.w.t. dan rahmatNya Sebagaimana doa Nabi Nuh a.s. dan Nabi Ibrahim a.s. (Yang berbunyi): "Robbigh fir li waliwalidayya robbanagh fir li waliwalidayya wa lil muminin wal mu'minati yauma yaqumul hisab. (Yang bermaksud): "Ya Tuhan kami, ampunkan kami dan kedua ibu bapa kami dan semua kaum muslimin pada hari perhintungan hisab/hari kiamat.
Seorang sahabat berkata: "Tidak suka mendoakan kedua orang tua itu mungkin
menyebabkan kesulitan penghidupan anak." "Dan apakah mungkin memuaskan
orang tua yang telah mati?" beliau ditanya. Jawabnya: " Ya, dengan
tiga macam iaitu:
-
Dia sendiri menjadi orang soleh sebab menyenangkan kedua orang tuanya
-
Menghubungi keluarga dan sahabat-sahabat kedua orang tuanya
-
Membaca istighfar dan mendoakan serta bersedekah untuk kedua orang tuanya itu.
Al-Ala' bin Abdirrahman dari ayahnya dari Abuhurairah r.a. berkata Nabi
Muhammad s.a.w. bersabda: " Jika mati anak Adam putus (terhenti)
semua amal perbuatan (kegiatannya), kecuali tiga macam iaitu:
-
Sedekah jariah yang berjalan terus (wakaf-wakarnya)
-
Ilmu yang berguna (yang diajarkan sehingga orang-orang melakukan ajarannya)
-
Anak yang soleh yang selalu mendoakan pengampunan untuknya
Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: " Jangan memutus hubungan pada orang yang dahulu kawan baik pada orang tuamu, nescaya akan padam nur cahayamu." Seorang dari suku Bani Saliman datang kepada Rasulullah s.a.w. dan bertanya: "Kedua orang tuaku telah mati, apakah ada jalan untuk berbakti pada keduanya sesudah mati itu?" Jawab Nabi muhammad s.a.w.: "Ya, membaca istighfar untuk keduanya dan melaksanakan wasiat keduanya dan menghormati sahabat-sahabat keduanya dan menghubungi keluarga dari keduanya."




